Sunday, June 9, 2013

.:syukur alhamdulillah:.

alhamdulillah..almost 2 months duduk di kediaman sendiri..rasa lega dan amat bersyukur atas semua rezemakiMu Ya Allah.. tp yg best nya tak siap2 aku mengemas brg2 ni sume macamla byk sgt khazanah aku ni hihihi..macamnila klo pindah rumah eh..banyak lg benda nk buat..mcm2 dlm kepala ni..tp budget takde lg.sumenya kena well planned.tp nk dptkn plan yg well tu la membuat aku sedikit fening huhu ape yg aku blaja dr sume ni ialah..KENA BERKORBAN UNTUK DAPATKAN SESUATU. .. .tp stgh org tak fhm..dorg ingt aku dpt sume ni dgn senang2 je..dorg x fikir cane keta yg aku pakai..cane tahap ke joli an aku setiap bulan..n macam macam lg..aku tak dapat buat mcm yg korg buat.. ape yg aku ada skrg ni pn bkn byk mana..ni sume dengan izin NYA..so jgnla judge aku dgn sewenang wenang nye..huhu..feeling sad klo fikir psl ni..huhu..

Monday, October 8, 2012

~bRaCEs~

apakah???hoho..sebulan sudah memakai braces.n macam2 feedback diterima as ussual..aku yg mcm lalang ni pn dh jd makin lalang la..adoi la..


Hukum Memakai Braces (Pendakap Gigi) * sumber dari blog Imam Muda Asyraf. terima kasih ustaz!*

Islam agama yang menggalakkan keindahan, dalam masa yang sama ia mengajar umatnya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada diri mereka. Manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, Apa yang ada pada batang tubuh kita, itulah yang terbaik. Kita sewajarnya bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan
Di zaman kini, dengan pelbagai teknologi, manusia sudah mampu untuk menjadikan wajah mereka kelihatan lebih cantik daripada yang asal.Ini menimbulkan persoalan, apakah hukumnya di sisi syara’. Antara isu yang sering ditanyakan ialah apa hukumnya memakai pendakap gigi.
Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening. 
(Al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW juga pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadisnya:
“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut ‘al-Falaj’, yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, agar kelihatan sedikit jarang.. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celahan gigi itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap suatu penipuan dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.
Hadis ini secara umumnya menjadi hujah untuk menyatakan bahawa memakai pendakap gigi adalah sesuatu yang terlarang. Namun, ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua hukum, harus dan haram.
Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau ‘illah diharamkan kerana adanya unsur di atas,  khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan,  atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361).
Ia akan menjadi lebih terlarang apabila ia dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan lebih cantik.  Contohnya memakai pendapat gigi agar  kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita dan sebagainya. Dr. Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan:  Jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa yang melihatnya,  samaada ia bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.
Namun pemakaian pendakap gigi dihukumkan haru sekiranya ianya bertujuan selain daripada tujuan diatas. Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya. Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata:    Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang  boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya.  Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran (Al-Halal wal Haram Fil Islam).
Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan.  Kumiti fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih menyatakan: Tidak salah untuk memakai pendakap gigi jika ia bertujuan untuk membetulkan kedudukan gigi ketempat yang asal selepas berlakunya kemalangan (islamweb.net, fatwa no: 88719).
Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan.
Sebenarnya tujuan pemakaian pendakap gigi  bukan bertujuan hanya semata-mata untuk mencantikkan. Fungsi asal pendakap gigi bukan bertujuan untuk menjarangkan gigi atau mencantikkannya. Tetapi lebih kepada memudahkan fungsi gigi itu sendiri yg mungkin sebelum ini bengkang-bengkok yang memungkinkan berkumpulnya bakteria atau gigi tak tersusun yang mana mengakibatkan makanan selalu terlekat. Antara contoh lain tujuan pemakaian pendakap gigi ialah bagi mengelakkan gigi bawah yang tergigit langi-langi yang boleh menyebabkan ulser. Begitu juga gigi yang terbuka yang boleh mempengaruhi  fungsi pengahadaman. Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika meberus gigi dan mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi yang kelihatan jongang yang bersangatan sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.
Sekiranya berlaku kes-kes sedemikian, maka Islam tidak melarang mana-mana insan yang berusaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi. Ini sesuai dengan garis panduan yang telah difatwakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi :
“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran. (Al-Mar’ah Bainal Baiti Wal Mujtama’: halaman 105)
Maka disini, hukum pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan si pemakai tersebut. Berdasarkan Qawaid fiqh: Al-Umur Bimaqasidiha (Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya). Sepertimana firman Allah SWT :
“Barangsiapa mengkehendakki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barangsiapa mengkehendakki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:145)
Juga hadis Nabi SAW yang bermaksud :
“Hanyasanya setiap amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap orang akan meperolehi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya iu kepada Allah dan RasulNya….” (Bukhari dan Muslim)
Apa yang disebutkan di atas tidaklah hanya terikat pada isu memakai pendakap gigi sahaja. Bahkan ia berkait rapat dengan semua aspek untuk mencantikkan tubuh atau melakukan pembedahan keatas tubuh badan. Yang  hanya dibenarkan ialah apabila ia dilakukan untuk menghilangkan keaiban yang benar-benar mengaibkan, atau untuk kesihatan dan menghilangkan kesukaran yang timbul atas kecacatan tersebut,  ataupun ia dilakukan untuk mengembalikannya kebentuk asal kerana kecacatan tersebut timbul selepas berlakunya kemalangan.
Ada pun semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang. Selain daripada isu pendakap gigi,  isu-isu lain yang perlu diambil perhatian sepertimana di dalam hadis di atas ialah isu mencukur kening. Hukum asalnya adalah haram kecuali jika kening tersebut benar-benar mengaibkan seperti dua kening yang bersambung, atau pun kerana ia menganggu penglihatan contohnya bulu mata yang terlalu panjang sehingga mengganggu mata.
Ada pun semata-mata untuk kecantikan,  menipiskan, atau menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang.
Prinsip di   atas juga perlu diaplikasikan keatas isu pembedahan plastic keatas tubuh. Untuk melakukannya hendaklah ia mematuhi prinsip-prinsip di atas dan ditambah satu syarat lagi, ia hendaklah tidak mendatangkan kemudharatan yang  lebih besar selepas pembedahan atau ketika pembedahan dilakukan.
Walaupun pemakaian pendakap gigi bergantung kepada niat si pemakai, namun berbeza dengan amalan popular proses kecantikan masyarakat Melayu, iaitu pemakaian susuk. Hakikatnya susuk haram sama sekali tidak kira apa niat ia dipakai.
Ini kerana susuk mengandungi unsur sihir, Kerana si pemakai susuk telah meletakkan susuk itu sebagai setara dengan kekuasaan Allah iaitu dengan mengagungkan kebesaran makhluk lain selain dari Allah SWT. Sedangkan sihir merupakan satu perbuatan syirik dan termasuk di antara dosa-dosa besar.
Rasulullah s.a.w bersabda: Jauhilah tujuh dosa besar. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi: Menyekutukan Allah, sihir; membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali kerana hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh perempuan-perempuan baik (berzina)  (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Allah mahukan umat sentiasa segak dalam personaliti yang unggul. Agar tampil memabawa imej Islam yang tampan. Bukan umat yang selekeh ditelan kepurbaan. Allah juga tidak menghukum umat dari terus berada dalam keaiban sepanjang hayat. Namun Allah juga mahukan umat belajar erti menerima sesuatu ketetapan tanpa sebarang unsur pendustaan.
terima kasih ustaz..memang artikel ustaz ni byk membantu saya menguatkan jiwa yg dh seperti lalang..huhu..
aku rasa macam malas nk menjawab soalan - soalan yang berbaur fitnah. aku macam faham je ape yang dimaksudkan dengan soalan-soalan tu.tp dalam hati aku ni korang tau ke macam mana.kadang malas nk menjawab tapi dah kawan-kawan kan..malas la nk kerek-kerek sgt.memangla asal nye tak teruk mana pn gigi aku ni..tapi korang tak rasa ape yang aku rasa kan..so please stop asking me that questions again..bukan tanak jawab..nk tanya boleh..tapi jangan la buat soalan yang berunsur fitnah tu..terasa den..!
actually before pakai braces ni pun aku dh tanya ustaz dulu (nama ustaz dirahsiakan)..aku tanya pendapat dia n dia cakap pn lebih kurang macam ustaz asyraf cakap..bergantung kepada niat..tu yang membuatkan aku ambil keputusan nak meneruskan niat pakai braces..jangan la hukum aku sesuka hati kalau tak tau sebab musabab nye..tak perlula aku heboh ke seluruh alam sebab aku memakai braces kan..huhu..biar la aku n hubby je yg tau..semoga niat aku untuk pakai braces ni berada di landasan yang betul supaya tidak jatuh hukum HARAM..aminn..

Tuesday, September 6, 2011

Feningg..

recently email SPP asking for the status of my confirmation.. asal dorg tak reply ek.. hr tu pernah email dorg tp sekejap je dh dpt reply.. tp this time asal take time lak.. betul la org ckp menunggu tu satu penyeksaan..

menyampah betul bila ckp pasal confirm ni..sungguh memeningkan n menguji kesabaran. tp klo aku takde pape hal yg menggesa aku utk cepat confirm aku takdela nk menyusahkan pihak lain.. huhu.. tolongla percepatkan proses itu.. ada ke cara lain selain call n email ek?? call susah nk dapat.. line asyik engaged je.. so inisiatif lain is email.. ke kena g SPP?? tolong.. tolong.. dan tolong..

Saturday, April 16, 2011

.:AryanRifqy:.

Aryan Rifqy..
my dear lil son is growing up! 9 months old already.. memang rasa sekejap je.tak sangka dah 9 bulan aryan rifqy keluar dari rahim mama. syukur alhamdulillah.. i'm now not only a wife+teacher but a wife+mama+teacher..a very huge responsibilities i guess. mmg aku admit aku melalui hari2 yang agak sukar skg ni. kdg2 rasa macam tak ter carry.huhu...but then i realize that i have to carry it no matter what!

teringat time saat2 getir di labour room. time tu 2nd time aku dok kat situ. 1st time time rifqy 8 mths dlm rahim. dh rasa sakit2 nk deliver tp Dr tak kasi deliver lg sbb br 8 mths.klo time tu 7 mths then takde problem nk induce. tp bile 8 mths takleh nk kasi deliver. so time tu 3 hari la jugak admitted kt hosp raja permaisuri bainun. tak penah2 aku admit hosp. merasa la jugak.. agak sengsara la sbb sepanjang 3 hari tu dok kt 3rd class.bkn tanak dok 3rd class tp service lain sgt.. kena cucuk kt peha twice untuk matangkan paru2 bb. sakit giler

Friday, November 6, 2009

~hari - hari terakhir as a teacher in '09~

tak sabar rasanya nk menghabiskan sesi persekolahan '09. not much to be remembered, but it is more than enuf to gain knowledge and experience. too many things happened in these couple of weeks. final exam, report card, kad 001, my fussy GB, KBS perdana, hari keluarga, jamuan akhir tahun, camping, HAKA, etc, and latest.. I CONFRONT wit my FUSSY PEMANGKU PK1.
huhu..mmg sgt geram tak terkata.dengan pakcik tu.GERAM sangat2! lg geram bile time confront tu rasa macam dh kalah sbb aku macam tak dapat nk lawan cakap dia. tp rasa satisfied sangat2 bile esoknye (semalam) dpt kenakan dia hehe..padan muke dia.konon bagus sangat..tah pape!

sume tu meyebabkan aku takleh ngadap laptop n tak sempat nk update blog ni. takpe kot sbb zura n diyana je kot yg hop kat blog ni kan?(tu pn if dorang eager to hop here). hari keluarga n jamuan akhir tahun staf aku rasa tak patut nak buat ala kadar je. staf dh keje almost a year tak layak ke nak dihargai??aku tak paham tul ngn thought dia ni. kasik opinion pn tak gune sbb rasanya dia tu a bit egoistic n rasa macam she's the best. so thats why la she can't accept others opinion. even nmpk contra more than pro tp still stand on her decision.nape agaknye ek.. tak paham tul..huhu..

tp takpela..aku pn menghtung hari je ni hehe..klo cik zura perasan dapat transfer kedah ape salahnye cik kainis pn perasan dapat transfer ipoh even tak isi borang transfer pn..hehe..

k la nak tido dh..dh exceed sleeping time ni huhu..daa daa~~

Friday, September 11, 2009

" suDuT HIGHLIGHT "

* kepada yg berkenaan je tau ape meaning "sudut highlight" tu kan cik zura??

cik zura adalah seorang rakan seperjuangan ketika di bangku maktab. beliau mengajar segala macam perkara yang tidak baik sepanjang saya berada di maktab. (hikhik)
tetapi beliau amat perihatin kepada masalah negara terutamanya ketika Malaysia di landa wabak H1N1 (ada kena mengena ke?). justeru atas keperihatinannye yang panjang sejengkal itulah yang menyebabkan blog saya ini mengandungi unsur shoutmix n signature yg sangat menarik itu. beliau telah menjadi idola saya dan sebagai penunjuk cara yang sangat berjaya. maka officially, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau. jasamu di kenang!! =)




Thursday, September 10, 2009

[ rAYa eVE ]

raya thn ni dgn mother in law.. dunno how the feelings. hopefully everything's running smoothly. 1st time ry kat kg hubby. honestly mmg ada skit rasa sedih coz the past 24 years raya ngn family n now i hav to celebrate wit my new family. really dunno how to describe. plus; tahun ni punye raya dapat cuti lama-about a week; so maybe berkampung lama la kt kg hubby =(
bukan tanak beraya kat kg dia tp tahla.. mmg really dunno how to describe!!

ry-3 br balik t.i. balik pn PETANG..sampai of coz dh MALAM. ape yg ada pada day-4??still ada mood nk raya lagi ke? siblings pn maybe dh start keje or maybe dh balik kat kg wife masing2 huhu.. ^_^
takpela mak n abah still ada kat umah. kak lin n ari pn still ada. ema? dh balik uitm kot. tak g mana2 raya kali ni coz tak dpt join the konvoi. nk soh dorg hold the plan pn mcm tak sampai hati coz rasa dh lewat sampai umah. so ry kali ni juz stay in the house waiting 4 the guest!! n attend ima's wedding on 25th sept. insyaAllah..

last nite main bunga api ngn farid daus, kakak n along. rasa best pulak dh lama tak main bunga api. mule2 cadang nk monitor je tp lama2 tak tahan lak tgk dorg main.. so join the club lah! even acik dia je dlm club tu yg paling senior haha.. yela mlm raya kang tak dapat nk main sama2 ngn dorang so main dulu la lepas geram hehe..